Pengenalan serba sedikit tentang Rasulullah.....
NABI MUHAMMAD S.A.W
.
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib.
Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar
serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana
baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibril ketika sedang berada di Gua Hira.
Tiga tahun setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka
kepada penduduk Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah
menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut pada awalnya yang terdiri
daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh baginda mendapat
tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan mereka
dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantar beberapa orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah.
Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum dibawah Piagam Madinah. Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa 10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya. Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di Makkah.[10]
Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji
Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya,
hampir seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan
bersatu dengan tatanegara Islam
No comments:
Post a Comment